Sunday 24 August 2008

mencari definisi BAHAGIA

Erti kebahagiaan hakiki

BAHAGIA adalah suatu perkataan yang abstrak. Pengertiannya begitu luas dan relatif. Lantaran itu ramai manusia gagal mencari dan mengejar kebahagiaan. Mereka tidak mengerti apa itu bahagia dan di mana adanya bahagia. Keadaan ini menjadikan pentafsiran bahagia berbeza antara seorang dengan seorang yang lain.

Semua orang mengejar kebahagiaan dan selalu bertanya bagaimana dapat menghabiskan waktu dengan penuh bahagia. Mengapa saya tidak bahagia?
Namun, tidak seorang pun mencapai kebahagiaan. Seorang fakir akan mengatakan bahawa bahagia itu terletak pada kekayaan. Orang sakit pula akan mengatakan bahagia akan dirasai apabila dia sihat. Orang yang terjerumus ke lembah dosa akan mengatakan berhenti daripada melakukan dosa itulah kebahagiaan. Manakala seorang penganjur kemerdekaan pula berpendapat bahawa kemerdekaan dan kecerdasan umat yang dipimpinnya itulah bahagia.
Seorang penyair atau penulis sajak akan bahagia jika hasil karyanya menjadi hafalan orang. Seorang pengarang buku akan bahagia jika bukunya menjadi tatapan dan buah mulut orang.
Zaid bin Tsabit, ahli syair Rasulullah saw mengatakan jika pagi dan petang seseorang itu berjaya membebaskan diri dan dapat hidup dalam keadaan aman dan sentosa daripada gangguan manusia maka ia boleh dianggap seorang yang bahagia.
Orang yang berpegang teguh kepada agama, kebahagiaan ialah meninggalkan perkara yang dilarang, mengikut yang disuruh, menjauhi yang jahat dan mendekati yang baik. Kebahagiaannya adalah mengerjakan suruhan agama semata-mata.
Ibn Khaldun pula berpendapat bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis ketentuan Allah dan berperikemanusiaan. Imam Al Ghazali berpendapat bahagia dan kelazatan sejati ialah apabila kita dapat mengingati Allah. Manakala kesempurnaan bahagia itu bergantung kepada tiga kekuatan, iaitu kekuatan marah, kekuatan syahwat dan kekuatan ilmu. Tetapi kekuatan itu perlu diawasi agar ia tidak terlalu lebih dan tidak tersangat kurang.

Aristotle berpendapat bahagia bukanlah suatu perolehan untuk semua manusia. Corak kebahagiaan yang diperoleh seseorang pula berbeza-beza dan pelbagai ragam mengikut corak dan ragam orang yang mencarinya.
Kadangkala sesuatu yang dipandang bahagia oleh seseorang itu tidak begitu dipentingkan pihak lain. Mengikut pandangan Aristotle, bahagia ialah suatu kesenangan yang dicapai setiap orang mengikut kehendak masing-masing.
Dari keadaan ini dapatlah dikatakan kemahuan manusia yang tidak sama itulah yang menyebabkan kebahagiaan juga tidak dapat disamakan. Sebab itu adalah satu perbuatan yang boleh dianggap keterlaluan sekiranya kita memaksa seseorang supaya berasa bahagia seperti yang kita rasa bahagia.
Aristotle juga pernah berkata hidup bahagia itu ialah apabila seseorang dapat mempergunakan seluruh bakat dan kebolehan yang ada padanya. Apabila kita berjaya mengisikan masa kita dengan kerja yang wajar sama ada bercucuk tanam, mengarang, menyuap makanan kepada bayi dan sebagainya maka kita akan berasa bahagia selepas melaksanakan kerja itu.
Jadi kebahagiaan adalah hasil daripada adanya aktiviti atau usaha seperti disifatkan Aristotle bahawa kebahagiaan itu laksana kemerahan di wajah yang cukup sihat. Seandainya kita menumpukan seluruh perhatian kepada diri kita sahaja maka kita akan menjadi manusia yang mementingkan diri, fanatik dan selalunya berasa tidak puas hati terhadap hidup. Sebab itu lupakanlah diri kita dan isikan waktu dan aktiviti dengan persoalan orang ramai atau curahkan segala daya usaha kita dalam kerja atau kegiatan yang berbentuk kerjasama dengan rakan.
Dengan perkataan lain, angkatkan diri kita daripada lembah nafsu syahwat dan soal titik bengik. Kemudian letakkan diri dengan kerja yang lebih mulia dan luhur. Ketika itulah kita dapat menoleh ke belakang dan mendapati diri kita bahagia.
Sementara itu amalan suka menangguh kerja hendaklah dielakkan. Setiap orang memerlukan masa releks yang banyak dalam mengharungi liku-liku hidup seharian. Mereka juga akan berasa senang apabila hidupnya tidak dikongkong. Mereka akan berasa bebas dan tidak tertekan sekiranya dapat melakukan kerja mengikut suka hati mereka sahaja.
Sebab itu kita sering mendengar ungkapan tunggu dulu, biarkanlah dahulu, esoklah dan pelbagai lagi yang menggambarkan sikap kerja bertangguh dan tiada kesungguhan bekerja di kalangan masyarakat kita.



Sesungguhnya amalan kerja bertangguh tidak harus ada dalam kotak fikiran orang beriman dan yang ingin maju serta mahu mencapai kebahagiaan baik di dunia lebih-lebih lagi di akhirat .
Kerja bertangguh menggambarkan si pelakunya pemalas dan tidak optimis.
Bidalan Melayu banyak menggambarkan akibat yang menimpa seseorang yang suka menangguhkan kerjanya - tidak mementingkan masa. Di antaranya ialah: Kerja bertangguh tak menjadi, bertangguh itu mencuri masa, masa itu emas, masa itu lebih tajam daripada mata pedang dan lain-lain.
Semua bidalan di atas jelas menggambarkan peri pentingnya masa. Allah juga benci kepada orang yang tidak mahu menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Dalam Surah Al Asr Allah berfirman bermaksud:
'Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran'.
Daripada firman di atas, kita disuruh melakukan amalan soleh dan nasihat menasihati mengenai kebenaran dan kesabaran. Tetapi sebahagian besar manusia masih lalai dan cuai. Hidup mereka masih bergelumang dengan noda dan dosa. Keadaan ini bukan saja akan merugikan hidup kita di dunia malah di akhirat kelak kita akan menerima azab siksa yang pedih.
Hal yang sama dinyatakan Rasulullah dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Ibnu Omar berkata: Rasulullah telah memegang bahuku seraya bersabda:
'Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Jika engkau berada di waktu petang, jangan tunggu sampai pagi. Jika anda di waktu pagi, jangan tunggu sampai petang. Gunalah peluang masa sihat sebelum datang sakit. Dan gunalah peluang masa hidup sebelum tiba mati.'
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda:
'Rebutlah lima sebelum lima. Masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa kaya sebelum tiba masa miskin. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk dan masa hidup sebelum tiba masa mati.'
Hadis di atas juga menyuruh kita menghargai masa dan menggunakan masa terluang yang keemasan itu sebaik-baiknya. Usahlah kita lalai dan cuai. Jangan tangguh kerja hari ini ke hari esok.
Sesungguhnya amalan menangguh kerja ini adalah sikap merugikan. Jika perkara yang ditangguh itu perkara dunia, kita mungkin akan menyesal sekiranya apa yang dicita-citakan itu tidak tercapai. Sekiranya perkara yang ditangguh itu perkara akhirat maka ia sudah tidak berguna untuk disesalkan lagi kerana masanya telah luput apabila ajal sudah menunggu.
Sesungguhnya setiap yang hilang mungkin dijumpai kembali. Tetapi masa yang luput tidak dapat dikembalikan. Oleh itu, masa dapat dianggap perkara paling berharga berbanding segala apa yang dimiliki manusia.
Menyedari hakikat ini, setiap orang yang waras fikirannya akan menjauhi amalan menangguh kerja dan menyambut kedatangan hari-harinya sebagai sambutan seorang yang amat rakus terhadap harta kesayangannya.
Muslim sejati amat sayangkan masanya kerana ia adalah umurnya. Jika ia biarkan masa berlalu dengan sia-sia dan membiarkan adat kebiasaan buruk seperti amalan kerja bertangguh menguasai dirinya, maka perbuatan itu seolah-olah membunuh diri sendiri.
Oleh itu gunakan masa terluang dengan sepenuhnya dan bertekunlah menjalankan kerja yang diamanahkan walaupun kerja itu sedikit.
Sesungguhnya kita tidak suka melihat amalan itu dibuat sekali-sekali (putus-putus) walau pun amalan itu besar rupanya. Amalan kecil jika dilakukan dengan tekun, lama kelamaan akan menjadi berat dan besar.
Satu faktor menyebabkan manusia suka mengamalkan sikap menangguh kerja ialah kerana mereka merasakan peluang bagi mereka untuk terus hidup di dunia ini masih panjang. Keadaan ini terjadi terutama bagi mereka yang belum menjangkau usia setengah abad.
Oleh kerana ingatan kepada dunia terlalu kuat, ia terlupa mengira hari yang masih tinggal. Mereka leka, lena dan lalai daripada mengingati hari mati.
Sesungguhnya nyawa manusia adalah reput dan pada bila-bila masa kita akan diragut maut. Oleh itu persiapkan diri dan bersedialah setiap masa untuk menghadapi maut agar kita pulang ke rahmatullah dengan bekalan cukup dan sempurna.



Itulah definisi bahagia mereka, anda bagaimana??

Wednesday 20 August 2008

20082008

20 /08/2008
SOmehow the date is entralling....




Well today marked the world with another series of "beautiful" date i could say..exciting though.
But looking from another angle, it makes me to ponder about how long our lives have been.....it was a "futuristic" kind of thinking before when people thought of the date that ever come across our line of lives and yet now here you are.....Not many will think of how "old" our world is and not many able to express the excitement in the form of thankfulness and gratitude to the Almighty.

The destiny destined us to be who we are today, where we are today and always that recorded RecOrds lead everything ahead from us. The life is well planned and the best for us is what remain a mystery, for us to digging the hole until we find the end of it and for us to sweat in tears until we reach our limit.

No matter how bad life is from our current spectacles, the outcome is always zero until to the point where we gear up our lives...No giving up and life goes on and also what small kid used to say" there's always light at the end of the tunnel"...but now almost all tunnels have lights inside it making the hole beautiful and gives us sense of enjoyment being in the tunnel and somehow do not want to get to its end...But oldfolks maybe never been to the to the lighting tunnels and our generations never been to their tunnel. The different era shapes our minds and what influence us the most is what we coordinate with our senses.....

Sunday 17 August 2008

CINTA PERTAMA

Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtara

Tujuan manusia diciptakan adalah dengan membawa dua panji penting ya'ni sebagai khalifah dan sebagai hambaNya. Bagaimana mahu menjadi khalifah dan hamba secara serentak, jawapannya rujuklah pada perundangan teragung KALAMULLAH...

Saturday 16 August 2008

When heart crushes


My best buddy with the hidden signs of chronic liver disease. TReatment needed physically for her and internally for me..................Allah knows best.........





Why bother so much when physically seen something is damaged or broken? Why do not mind when our hearts get more black spots as a result of too much diverted from HIS ways?
Anyhow, why i come out with this. Simply when the "worldly thing" that i love most is no more beautiful. My "beloved bestfriend" who gives services eversince got sign of chronic liver disease. Bruising and scratch marks. Very pity. We are blessed with the neemah of vision and other senses but in one point of life there is limitation in configuring things using our sight, taste , touch and list goes on. Admit myself, people do make mistake and give yourself a chance to make mistake. Luckily nothing severe happen and alhamdulillah Allah wanted me to change. The past is gone and the future is coming.
No donation, less zikir, less time for nawafil and what not all contributing to that. Today i am alive for me to reform.

Functioning brain





Well, meet again after long time being "palsy".
Yesterday i had a lecture on lower GI Ix and Mx....pretty interesting wt lots of foods to be digested.
"It needs not so much sophisticated things to diagnose one particular disease. The most important component is brain," rephrasing what my prof said. But he's in doubt. People are gifted with brain,but do their brain function well? Im thinking as well. Of course, look around us now. People feed a lot but very few feed their brain.
But, glucose from food somehow will be delivered to the brain what? That is why we are still alive. If not, the brainstem examination will be negative.
Live life fully. That is what they said and not excluding myself. I am wondering am i utilising my brain fully. Admitting brain's cells get degenerated day by day. But the scientist in the past discovered something once they approaching 7th to 8th decade or some may be more than that. Nobody invented something at the age of 7. ( standard one when i was still surrounded with dolls and toys) But mind myself how our great Imam Shafie could memorise the whole Quran at the age of 7. See how aims and goal in life differentiate us.

Back to the main topic, OUR neurons are more innervated once we think a lot. That is what i meant by functioning brain. I was lucky to have chance to take part in Advances Neurology Conference on the last August 5th where most of successful Neurologists met. Very few students like me were there and somehow felt like a small ant in the middle of GiaNt's meeting. Well they are human too. I still remember, one nurse told us that one day, it is our generation who will be sitting in the front. Smarter one would opt for neurology. Am i true? Again back and forth, not the smarter one but the genius one. My definition of brilliant somehow differ from others. I believe one with hard efforts earns more. Be my guest my friend.

Off the limit.

-Where priviledge awaited-