Saturday 29 November 2008

Di sebalik pengorbanan


Raya lagi

Sekali lagi kita bakal menyambut hari 'idil adha hari yang menyaksikan puluhan ribuan dan jutaan umat Islam mengunjungi Baitullah di kota Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Pada setiap 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam menyambut hari kebesaran Islam yang mempunyai sejarah yang tersendiri. Alhamdulillah hampir 23 tahun saya menyambut hari 'idil adha, tahun ini kali pertama menyambut di rantau sendiri namun bukan bersama keluarga atas tuntutan fardhu kifayah yang sekarang telah menjadi fardhu ain buat diri ini. Bila agaknya pada tanggal 1o Zulhijjah nanti dan hari-hari tasyrik, diri ini akan berada di baitullah, mengunjungi tanah haram sekaligus menyempurnakan kesemua rukun Islam. InshaAllah mohon Allah mengurniakan kesempatan itu buat diri ini.




Korban

Dari segi bahasa, korban ini maksudnya dekat. Dari istilah sudah tentulah menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah SWT kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Dalam sejarahkita , menurut Al-Quran dan kitab perjanjian lama, korban pertama yang dilakukan manusia adalah oleh dua orang adik-beradik, putera Nabi Adam, Qobil dan Habil. Saya pernah mengunjungi tempat di mana korban ini berlaku suatu ketika dahulu. Peristiwa ini di "qaul"kan berlaku di Syria. Betapa besarnya hikmah kejadian hanya Allah yang tahu dan kita sebagai hambaNya hanyalah pengambil ibrah.
InshaAllah sekiranya di beri kesempatan ingin saya titipkan perjalanan di bumi anbia jordan dan syria di ruangan ini.

Kisah mereka kisah persengketaan. Mereka diperintahkan untuk melaksanakan korban, untuk menentukan siapa yang benar dalam persengketaan tersebut. Kedua saudara itu lalu menyediakan korbannya. Korban Habil diterima dan korban Qobil ditolak. Oleh kerana Habil berkorban dengan ikhlas menjalankan perintah Allah, sedangkan Qobil berkorban dengan maksud memenangkan persengketaan tersebut.

Nabi Ibrahim a.s

Nabi Ibrahim AS setelah selesai membangun Kaabah di kota Makkah, telah mendapat perintah untuk berkorban dengan menyembelih putera tunggal kesayangannya. Amat berat bagi baginda untuk melaksanakan tuntutan tersebut. Namun itulah jiwa dan semangat seorang pesuruh Allah swt. Disampaikan berita itu kepada puteranya Ismail mengenai mimpinya itu. Di dalam Al-Quran Surah as-Saffat: 102 maksudnya, "...Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?"

sebagaimana maksud ayat al-Quran:..."Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar."(as-Saffat:102).
Begitulah jawab Nabi Ismail as. Betapa satu lagi jiwa dan kentalnya semangat seorang utusan Allah yang pada peristiwa itu tersirat seribu satu pengajaran. Dalam suasana yang mengharukan itu, Nabi Ismail meminta ayahnya melaksanakan perintah Allah tersebut. Nabi Ibrahim mencium kening puteranya itu, diletakkan di atas pangkuannya dan bersedia menyembelih.

Pada saat itu Allah telah menunjukkan kekuasaanNya dan menggantikannya dengan seekor kibas(kambing biri-biri jantan) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Semenjak itulah baginda melaksanakan ibadat korban dengan menyembelih haiwan. Kemudian Nabi Muhammad SAW meneruskan ibadat korban sebagai syiar Islam sebagaimana yang kita laksanakan pada setiap hari raya 'Idil Adha dan hari-hari tasyrik.





Kisah mereka kisah pengorbanan

Kisah Nabi Ibrahim dan puteranya menunjukkan betapa kesediaan kedua orang bapa dan anak dengan rela hati dan ikhlas melaksanakan perintah Allah. Sepanjang sejarah kehidupan manusia, banyak yang berkorban kerana Allah SWT. Umpamanya pada zaman Rasulullah SAW, ramai para sahabat berkorban untuk menegakkan agama Islam. Mereka bukan saja berkorban harta tetapi juga jiwa raga. Saidina Ali telah mempertaruhkan nyawanya sewaktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Uthman RA banyak mengorbankan harta untuk menegakkan agama Islam. Demikianlah pengorbanan umat Islam yang terdahulu.



Ibadah haji dan pengorbanan

Ibadat haji dan korban menuntut pengorbanan. Betapa sukarnya perjalanan ke Mekah tanpa ada pengorbanan, dari segi harta, tanggungjawab di rumah serta kerjaya. Segalanya demi memenuhi panggilan Allah swt. Korban haiwan memerlukan pengorbanan wang dan harta, yang mana sifat kikir disingkirkan dan sifat dermawan menjadi tarbiyyah buat kita.
Andai Hari Raya Aidil fitri yang lalu, kita mengeluarkan zakat fitrah bagi membantu kehidupan masyarakat yang tidak mampu, maka penyembelihan korban pada hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik berikutnya, juga dalam rangka membantu masyarakat itu sendiri. Di sinilah keindahan Islam untuk menimbulkan rasa senang di hati yang kurang mampu dan mengikiskan rasa sombong dan bermegah pada yang mampu.

Apa pengorbanan kita

Sejauh mana kita berkorban dalam memenuhi perjalanan seorang insan menuju destinasi abadi? Jarang benar orang berkorban untuk sahabat yang lain, namun masih ada segelintir yang berkorban untuk sahabat, sama-sama berusaha membantu sesama sahabat agar masing-masing berjaya merupakan antara pengorbanan kecil pada mata lahiriah namun besar ertinya. Kalau kita tidak mampu berkorban untuk menyelamatkan ummat Islam yang menderita atas cengkaman kuffur, berusahalah kita membantu diri sendiri ke arah menjadi individu yang terbaik semoga kelak lebih ramai ummat Islam yang kuat untuk kita membantu yang tertindas. Janji Allah Islam akan terpelihara, biarlah kita tergolong dalam golongan yang memelihara Islam itu. Doakan yang terbaik untuk diri kita dan ummat Islam , semoga erti pengorbanan tidak ternokhtah pada zahir nya korban itu tapi pada pengertian tersirat ,manifestasi kita dalam amalan seharian.

Buat ummi dan ayah, insan yang banyak berkorban buat kami semua, nilai korban itu tiada ukurannya. Kerana pengorbanan kalian atas dasar cinta dan kasih yang tersemi. Itulah sebahagian dari sebahagian nilai pengorbanan.............................



Annurfadmt
Georgetown 1 Zulhijjah 1429 H

Wednesday 26 November 2008

erti hidup

HIDUP SAYA
Beberapa hari lagi untuk menghadapi "final exam" untuk semester satu tahun empat.
"schedule" sangat tak memberangsangkan , namun pasti ada hikmah di sebalik apa yang akan berlaku...
jadual" exam" saya:

05 dec 08- long case cardiology
06 dec 08 (am)- Mcq and MEQ surgery/medicine (pm) EBM
12 dec 08- MCQ ophtal and ENT
15 dec 08-long case ophtal
17 dec 08- ENT osce
18 dec 08 -viva (first class p/f)


Last rotation adalah "cardiology", sesuatu yang agak berat bagi saya ( luckily not neurology)..
Perasaan kurang puas hati pada sahabat yang posting yang agak relaks seperti radiology adalah tidak wajar bagi saya. Sudah diberi peluang untuk relaks , kenapa mesti mengeluh? Exam bukannya sesuatu yang perlu di" last minute" kan..

Entahlah sukar menafsir perasaan sendiri. Peperiksaan di dunia, semua ambil kisah..Tetapi segelintir yang kisah peperiksaan besar di akhirat....Semoga saya tergolong dalam golongan yang segelintir itu. InshaAllah...

KEMATIAN
Dalam bulan ini sahaja, dua kali saya menyaksikan kematian di ward. Satu sewaktu "endocrine" posting dan satu baru sahaja beberapa jam yang lalu.....

Bila agaknya waktu kita akan sampai? monolog saya. Bimbang andainya hadir pada waktu yang kita tidak bersedia...cukupkah amalan, hebatkah kita sujud di sejadah kala yang lain enak dibuai mimpi. Tanggungjawab pada ibu ayah tertunaikah? Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan.....

Semoga diri ini sentiasa diberi kekuatan melangkah dalam meniti hari-hari kehidupan sehinggalah jasad terpisah dari roh. Dulu saya tidak pernah terfikir hidup saya bakal begini...Tetapi, begitulah, Allah mahu memberi kejutan kepada kita. Tak "surprise" kalau dari lahir sudah kita tahu "future" kita.

PERKAHWINAN
Musim cuti sekolah, banyaklah yang bakal mendirikan masjid . Semoga masjid diimarahkan dengan amal ibadah, umum mahupun khusus. Kalau dihitung, jemputan kahwin bulan 12 sahaja sudah tiga, semuanya lebih kurang sebaya dengan saya. Masih lagi bergelar pelajar, tetapi tanggungjawab bertambah dengan satu lafaz yang hampir 350 darjah mengubah segala-galanya. Itu pendapat saya. Ada "classmate " yang sudah mempunyai anak tatkala saya masih lagi terkapai-kapai menguruskan keperluan diri yang masih lagi belum sempurna. Indahnya suratan Allah. Allah sahaja yang tahu bila seseorang itu mampu melaksanakan sesuatu. Segalanya telah tersurat sejak di alam rahim.
Semoga diberi kebahagiaan buat sahabat-sahabat yang bakal bertambah status !!!


Kesimpulan entri saya, hidup kita, kematian , perkahwinan dan rezeki semuanya telah Allah tentukan. Tugas manusia sebagai khalifah dan sebagai hamba, sebagai penerus kemakmuran muka bumi.



p/s: all the best buat class of 2010 and class of 2009. semoga ilmu diberkati.

Saturday 1 November 2008

A Promise




العَهْدُ

هي خيرَ زوجةٍ عن آمَنٍ الله بِها

هي في قَلبي وَبِكُلِّ مالي أكْفِيها

صابِرَةٌ عَامِلةٌ في بَيتِها

أُشْهِد اللهَ أنّي راضٍ عَنْها

أَعَاهِدُ الله أنْ أكُونَ مُخْلِصاً

أَعَاهِدُ الله أنْ أكُونَ وَفِيّاً

أَعَاهِدُ الله ما ما كُلِّ يُقارِبُنا

أَعَاهِدُ الله ما ما كُلِّ عَشِيْرَتِنا

فَاليَوْم اليَوْمَ عُرْسُنا

كُوْنِيْ صَدِيْقَتِي وَأُخْتِي وَكُلَّ ما تَشآءِ

قَاصِمِيْنِيْ, أحْدَبِي وَكُلَّ ما تُعَانِي

حِيْنَ يَسِيرُ دَمْعُكِ وَيَصِيْرُ قَلْبُكِ عَلِيّ

أمْسَح وَبِرُوحِي وَقَيَانِيْ

أَعَاهِدُ الله أنْ أكُونَ مُخْلِصاً

أَعَاهِدُ الله أنْ أكُونَ وَفِيّاً

أَعَاهِدُ الله ما ما كُلِّ يُقارِبُنا

أَعَاهِدُ الله ما ما كُلِّ عَشِيْرَتِنا

فَاليَوْم اليَوْمَ عُرْسُنا

فِي كُلِّ يَوْمِ يَزْدَادُ شَوْقِي لَكِ

رَفِيْقَةَ دَرْبِيْ

جَمَالُكِ يَسْمُو فِي عَيْنِي

سُبْحَانَ مَنْ صَوَّرَكِ وَأهْدانِي إيَّاكِ

يا أعْلَى نِعْمَةِ وَهَبَنِي اللهُ أنْتِ

حَتَّى إذا ضَاقَتْ مِنَ الأيَّام

وَاسْوَدَّ الأُفُقُ وَقَاعَتِ الأمَل

أُصِيْصُ أمَلٍ فِي عَيْنَيْكِ

يُحْيِيْنِيْ مِنْ جَدِيْد

Hiya khayra zawjatin ‘an amaniLLahu biha

Hiya fi qalbi wa bikulli maali akfiha

Sobiratun ‘amilatun fi baytiha

Ush-hidullahu anni radhin ‘anha

U’aahidullah an akuna mukhlison

U’aahidullah an akuna wafiyyan

U’ahidullah ma ma kulli yuqoribina

U’ahidullah ma ma kulli ‘asyirotina

Falyawm, alyauma ’ursuna

kuuni sodiiqoti wa ukhti wa kulla ma tashaai

Qoshimiini, ahdabi wa kulla ma tu’aani

Hiina yasiru dam’uki wa yashiru qolbuki ‘alii

Amsah wa bi ruhi wa qayani

U’aahidullah an akuna mukhlison

U’aahidullah an akuna wafiyyan

U’ahidullah ma ma kulli yuqoribina

U’ahidullah ma ma kulli ‘asyirotina

Falyawm, alyauma ’unshuna

Fi kulli yaumin, yazdadu syawqi laki

Rofiqota darbi

Jamaluki yasmu fi ‘ayni

Subhana man showwaroki wa ahdani iyyaki

Ya a’la ni’mati Wahabanillahu anti

Hatta iza dhoqot bina al-ayyam

Wa aswadda al-ufuqu Wa qo’atil amal

Ushiishu amalin fi ‘aynayki

Yuhyiini min jadid

A Promise

Oh precious one, my wife, my love The Creator granted you to me You are In my heart For thee I would sacrifice All that I have... All I am Patient you are, In a labor of love, Bringing light to a home once dark And God is my witness That I am happy with you




A promise to God, that I will be faithful A promise to God, that I will be sincere A promise to God, before all our loved ones A promise to God, before our families For today... is the day we wed



Be my friend, my companion... Be all that you want to be Share with me... your dreams.. and all you suffer and feel When your tears flow like a spring from the depth of your heart Let my soul dry them away Let my being protect you always



Every day... I long for your more and more My companion... your beauty fills my eyes Glorified is the One Who fashioned you And granted me your precious presence Even if a day shall come When dark clouds fill the sky And no hope can be found... in the distant horizon The light in your eyes... will bring me back to life