Sunday 3 January 2010

Esok Masih Ada.....

Bismillah dan Alhamdulillah..

Kebesaran dan keagungan hanya milik Allah swt..

Dua bulan berlalu dengan pengisian yang alhamdulillah mengembalikan ingatan betapa kerdilnya diri di sisi Allah swt. Dengan peristiwa yang ada manis dan ada pahitnya. Dengan sekelumit ujian yang Allah timpakan demi menguji sejauh mana iman hambaNya dan pelbagai lagi. Air mata yang tumpah biarlah menjadi saksi di akhirat kelak....2009 meninggalkan kenangan dan mematangkan diri. Masha Allah betapa indahnya hidup ini. Diselangi ujian dan nikmat supaya kita tidak alpa dalam arus kehidupan!

Pantasnya putaran masa hingga sedar tidak sedar sudah berada di semester terakhir untuk 7 tahun pengajian ini. 7 tahun bukan masa yang singkat. Anak kecil sudah di kira mumayyiz pada usia ini dan normalnya mereka bakal menjadi murid tahun satu. Sudah layak bergelar pemimpin kecil bila dilantik menjadi ketua darjah. Darjah satu dan waktu-waktu di bangku sekolah rendah segalanya penuh warna-warni..

6 bulan masih menunggu. Kalau dulu ujian akhir POPPH umpama mimpi tapi realitinya telah berlalu. Kini penantian untuk 6 bulan lagi..Sekali lagi untuk menguji ketahanan diri, namun kecil benar untuk dibandingkan mereka yang bertempur di medan jihad peperangan senjata. Pokoknya perjuangan ada di mana-mana, dibahagikan sama rata oleh Allah mengikut kemampuan masing-masing. DIA tidak akan bebankan sesuatu yang hambaNya tidak mampu. Bukan itu janji Allah??? Yakinlah pada diri sendiri. Kuatkanlah peribadi luaran anda walaupun dirasa dalaman lemah. Kuatnya anda memberi secebis semangat untuk insan disamping anda.



:: Doa buat ayahanda tersayang::