Monday, 22 September 2008

They miss their mom

I copied N pasted this article from Utusan..

they miss their mom, yes i do miss my mom too..but i still have a hope that tomorrow i can see my mom, but they????
they are waiting and hanging a hope that their mom will be back
and me???

Alhamdulillah, cos i still have my ummi...The most respectful, noble, honourable and everything goes only to my mom...For me , she is my light in life.. not forgetting my dad too..
Life is perfect for me to have both parents and a caring family.....Allah gives test to only the selected one..Indeed this is a test for me what...a test in the form of neemah in which measured on how i value the neemah and how i show my gratefulness....

Life is ups and downs..The most famous quote people always use...But not all can appreciate it in a positive way...


'Kami rindu ibu, datanglah jenguk kami'

SIK 21 Sept. - "Saya harap tahun ini dapat cium tangan dan peluk ibu," itulah luahan Norhafiza Zamri, 9, anak yatim yang menghuni Rumah Gemilang sejak dia terpisah dengan ibunya.

Norhafiza, tinggal di Rumah Gemilang akibat terpisah daripada keluarganya selepas dia diserahkan kepada seorang jiran sebelum ditempatkan di rumah anak yatim tersebut sejak dua tahun lalu.

Seperti anak-anak lain, setiap kali Syawal dia ingin memohon kemaafan daripada kedua-dua ibu bapanya, namun hajat itu masih tidak kesampaian kerana ibu dan bapanya masih tidak mengunjunginya lagi.

Lebih malang, ibunya yang hanya dikenali sebagai Rokiah, meninggalkannya di rumah saudaranya di Parit Panjang, Baling, beberapa tahun lalu sebelum dia dihantar ke rumah tersebut oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas tidak ada orang yang mahu menjaganya.

Biarpun sudah mengenal erti kehidupan, Norhafiza berkata, setiap kali takbir di pagi raya akan menyebabkan dia terkenangkan ibunya sehingga air mata mengalir tanda kerinduan.

Menurut pelajar tahun tiga itu, setiap kali selepas sembahyang, dia tidak putus-putus berdoa supaya dapat berjumpa ibunya sekali pun dia sudah tidak dapat mengingati raut wajah ibu yang melahirkannya.

"Saya berdoa setiap kali lepas sembahyang agar dapat berjumpa ibu pada hari raya tahun ini," katanya sedih.

Bagi Norhafiza, dia tidak terlalu mengikut perasaan sebagaimana kanak-kanak lain untuk memakai baju baru pada Aidilfitri kerana baginya apa lebih penting ialah bertemu kembali dengan ibunya .

Katanya, biasanya pada setiap kali raya, dia hanya memakai baju raya baru hasil pemberian orang ramai dan akan beraya di rumah kawan-kawan atau petugas rumah kebajikan tersebut.

"Saya tiada sesiapa kecuali kawan-kawan dan mak cik-mak cik (petugas Rumah Gemilang) yang sudi mengajak saya ke rumah mereka. Mereka pengubat rindu saya," ujarnya perlahan.

Seorang lagi penghuni rumah tersebut, Khalijah Hamid, 12, berkata, dia turut sedih setiap kali Syawal menjelma.

Dia yang tinggal di rumah kebajikan itu sejak dua tahun lalu sebelum ini pernah tinggal dengan bapa saudara tetapi diserahkan ke Rumah Gemilang itu bagi membantunya meneruskan pelajaran.

Katanya, ibunya, Siti Zawiah Ghafar dan bapanya, Hamid Din dipercayai tinggal di Sungai Petani.

Namun setiap kali Syawal menjelma dia akan rindukan kedua-dua ibu bapanya yang tidak lagi datang mengambilnya.


"O Allah forgive me and forgive my parents and bless them as how they shower me with love when i was young"


NO GREAT THING OTHER THAN THE GREATEST FEELING OF BEING A MUSLIM