Tuesday, 6 January 2009

Hidup ini sepi?

Bismillah..

Salam tahun baru Islam 1430H dan tahun baru Masihi 2009..
Sewajarnya dengan pertambahan angka pada tahun, maka azam baru pun dinukilkan dengan harapan bakal dilaksana, beserta lirikan pada azam tahun lalu degan persoalan dibenak," terlaksanakan sudah?"

1429H atau 2008 bukan benda yang sama, hakikatnya ia dilihat sama oleh pandangan mata yang tidak menafsirkan dengan hati. Namun tahun lalu meninggalkan diri ini dengan seribu satu kenangan pahit dan manis. Kenapa pahit dahulu? Bukan manis yang meneutralkan keadaan. Bolehkan manisan meneutralkan kepahitan? Jawapan ada pada anda.
Masa lalu bukan untuk dikenang! Tidak benar kenyataan itu.Masa lalu adalah kenangan yang harus dikenang sebagai pengajar terbaik dalam kehidupan, sebagai pendorong untuk lebih ke hadapan. Saya lihat matahari terbit, saya yakin ada ruang untuk ditempati! Ya itulah yang betul. Berfikir secara optimis dan meletakkan sepenuh keyakinan dan harapan pada Al-Khaliq. Tidak wajar menyalahkan Pencipta tatkala ujian kehidupan adalah nilaian pada nilai syukur dan tabah dalam diri. Tidak benar sama sekali menyesali diri andai "ter"alpa tatkala 1001 nikmat yang tidak disedari kurang pantas disyukuri. Jika anda pernah terfikir sebegitu, sedarlah anda, anda bukan berseorangan. Kenang kembali Sirah Nabawiyyah bagaimana Nabi Nuh putus asa dengan ummat baginda lantaran selama 950 tahun, ragu ummat baginda masih ada?

"Sesungguhnya tidak akan seorang drp kaumnya mengikutimu dan beriman kecuali mereka yang telah mengikutimu dan beriman lebih dahulu, maka jgnlah engkau bersedih hati karena apa yang mereka perbuatkan."
Dengan penegasan firman Allah itu, lenyaplah sisa harapan Nabi Nuh dari kaumnya dan habislah kesabarannya. Ia memohon kepada Allah agar menurunkan Azab-Nya di atas kaumnya yang berkepala batu seraya berseru:"Ya Allah! Jgnlah Engkau biarkan seorang pun drp orang-orang kafir itu hidup dan tinggal di atas bumi ini. Mareka akan berusaha menyesatkan hamba-hamba-Mu, jika Engkau biarkan mereka tinggal dan mereka tidak akan melahirkan dan menurunkan selain anak-anak yang berbuat maksiat dan anak-anak yang kafir spt.mereka."

Lihatlah sahabat, apakah solusi Nabi Nuh selepas itu? Baginda membina kapal bukan? kerana apa? kerana perintah Allah swt.

Itu satu contoh, beribu-ribu contoh lagi yang patinya adalah iktibar berguna buat saya dan anda. Maka janganlah putus asa dengan rahmat Allah.

Saya bukanlah orang baik, jauh sekali orang terbaik untuk meletakkan ukuran pada diri.

Banyaknya kuntuman bunga di jalanan, tapi awas durinya menyukarkan anda untuk memetiknnya. Tingginya gunung dilingkari awan biru, gamitan diri untuk mendaki. Tapi awas perjalanan tidak rata sebagaimana anda fikirkan. Begitulah sahabat, jalan hidup sukar sekali pada individu yang merasainya.

Nikmat sebenar lahir pada ketinggian syukur. Usah dikhuatiri pada esok yang belum pasti, kerana janjiNya sentiasa benar.

Lebihkan usaha anda sebagaimana anda lihat saya berusaha. Hebatnya kuasa Allah, anda meletakkan diri anda di bawah, tapi Allah menjadikan hati-hati orang lain memandang anda seakan-akan anda di atas. Pandangan individu sedemikian pada saya dan pada anda, saya kira adalah pandangan telus. lahir dari dasar hati mereka. Bukan dibuat-buat tapi ikhlasnya mereka hanya Allah yang tahu.

Kalam ternokhtah, ucapan jazakallah buat sahabat anda dan saya yang masih menilai diri saya dan anda dengan nilaian baik. Moga nilaian mereka tidak membekas kotor pada dasar hati saya dan anda dengan mazmumah yang saya tidak pernah jemput. Anda pun begitu.........................




Kita pernah bersama,
Menempuh onak dan duka ,
Tidak pernah putus asa,
Walau dugaan datang melanda.

Dikau pernah bertanya,
Bila bahagia akan tiba,
Ku berkata bersabarlah,
Serahkan saja pada yang ESA.

Bila masanya menjelma,
Kejayaan akan tiba,
Namun tidak mungkin ku lupa,
Kenangan indah kita bersama.

Menempuh onak cabaran,
Dan liku hidup yang panjang,
Tidak mungkin hidup ini sepi,
Selagi ku masih di sini.

Kini terungkai sudah,
Kisah hidup kita ,
Berbekal taat dan sabar,
Pastikan berjaya.

Devotees- Bersama-

No comments:

Post a Comment