Di sebalik kehangatan hawa pulau ini, saya kira masih bersisa ketenangan yang kadang kala sering dilupakan atau dibuat-buat lupa.
Pulau ini masih ada damainya, biarpun hati ini merintih tatkala melepaskan pandangan sepi pada berlalunya kelibat keluarga tersayang siang tadi.
Apapun realitinya Isnin ini bermulalah kehidupan baru kami semua , secara ringkasnya ranjau baru bakal ditemui, dihadapi dan di"tabahi". Tiada sesalan kerna telah kupilih jalan itu.
Berbunga hati dalam rintihan.. Semuanya kerana kanak- kanak itu. Siapa kanak- kanak itu? Kanak-kanak yang bakal menyambut kami semua sepanjang tempoh itu . Untung bagi kami , "posting paediatrics" memang menyenangkan hati, walaupun kerengsaan tetap ada.
Semoga semester baru berjalan dengan lancar....
Selamat bermujahadah buat kawan-kawan semua.
" tidaklah orang muslim ditimpa kesukaran dan keletihan. dukacita dan sedih ,penderitaan dan kemurungan , bahkan duri yang menusuknya sekali pun, melainkan ALLAH MENGAMPUNI DOSA-DOSANYA" ( HR al-bukhari dan Muslim)
webnotes yang menarik :
No comments:
Post a Comment