Bismillah dan alhamdulillah....
Selesai sudah belekan dan bacaan novel Tunggu Teduh Dulu karangan Faisal Tehrani. Kalau S. Othman Kelantan mengatakan novel itu memberi kesan dramatik mendalam kepada pembacanya, maka kata-kata saya pula, " Novel ini sarat dengan cerita kehidupan yang menginsafkan".
Salsabila Fahim, orang yang saya kagumi, watak yang cuba dihidupkan dengan suasana permasalahan yang cukup berliku. Bisa membuat pembaca tidak sabar-sabar untuk mengetahui nasib ketentuan Salsabila. Watak Salsabila secara langsung terlibat dalam konflik cinta, keluarga dan kerjaya membuka mata pembaca mengenai makna pengorbanan dan penderitaan. Cerita Salsabila dan kisah cinta tiga seginya agak kurang realistik pada pendapat saya. Tapi karakter beliau sangat "hidup" walaupun suasana agak tampak seperti novel layaknya. Ketabahan beliau dipamerkan menerusi konflik keluarga dan kerjaya yang tidak berputusan. Melihat melalui "setting" kerjaya beliau,ladang betik agak mengujakan . Pengalaman saya di melawat ladang jambu batu ( Pink Guava) Manjung membantu saya memahami " setting" Salsabila dan rakan sekerjanya Teh Sofia.
Jelas, nilai Islamik sangat ditonjolkan , namun saya kurang bersetuju dengan cara Salsabila yang kerap keluar bersama bukan mahram yang seumpama hal itu dibolehkan. Namun ketegasan penulis menulis bait-bait ayat yang menandakan Salsabila menyesal akan ketelanjuran beliau membantu dalam penyampaian mesej. Salsabila bukan insan sempurna, beliau seorang model pada sebuah kehidupan , yang dilukis untuk menarik pembaca mengenal erti susah golongan tertentu dalam menempuh kehdiupan. Keluarga Salsabila amat unik, campuran pelbagai sifat dan perangai namun selayaknya sebuah kisah yang dinovelkan, segalanya berubah menuju positif. Namun , bagusnya penghijrahan mereka dalam novel ini ialah perubahan tidak mampu dicapai dalam masa singkat. Lihat sahaja pada Saifullah, pada Teh Sofia dan pada Zaman. Masing-masing diberi masa untuk berubah.
Kagum akan semangat Salsabila dan tegarnya cinta beliau menghidupkan lagi karya ini.
Pilihan Sazli adalah terbaik , tetapi Sazli muncul pada saat yang seakan di sengajakan.
~Keteguhan dan ketabahan Salsabila itu saya impikan~
No comments:
Post a Comment