"A treasure chest of beautiful thoughts with pearls of beauty and truth; surpass the brilliant lure of gold and silver"
Saturday, 25 July 2009
Ubati Hatimu
Artikel dalam Utusan Malaysia 19 July 2009 ( Kesihatan) menyentuh mengenai topik yang menarik. Tajuknya SAKIT HATI ATAU ROSAK HATI
Hati dalam bidang perubatan sangat memainkan peranan penting dalam hidup kita. Bukan hati yang dikenal "heart" , kerana itu adalah "jantung" . Tetapi hati ini adalah "liver" ........Tetapi diskusi umum sakit hati merujuk hati sebagai objek, bukan hati dari aspek spiritual.
Hati tempat yang sangat "fragile" , kerana dari hati bermula segala sesuatu.Kerana itulah hati diumpamakan sebagai RAJA.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Rasulullah saw bersabda:
“Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging. Bila ia baik maka baiklah seluruh badannya, dan bila buruk, maka buruklah semuanya. Ia adalah hati.”
Orang Melayu cukup pandai dengan meletakkan pelbagai sandaran dengan HATI. Contoh ketara, baik hati dan berhati-hati. Hati sebagai "guide" dalam hidup.....Kenapa mereka tidak menggunakan baik akal? Berakal-akal?
Lihat pula lirik lagu HIJAZ :
Pandangan Mata Selalu Menipu
Pandangan Akal Selalu Tersalah
Pandangan Nafsu Selalu Melulu
Pandangan Hati itu Yang Hakiki
Kalau Hati itu Bersih
Hati Kalau Terlalu Bersih
Pandangannya Kan Menembusi Hijab
Hati Jika Sudah Bersih
firasatnya Tepat Kehendak Allah
Tapi Hati Bila Dikotori
Bisikannya Bukan Lagi Kebenaran
Hati Tempat Jatuhnya Pandangan Allah
Jasad Lahir Tumpuan Manusia
Utamakanlah Pandangan Allah
Daripada Pandangan Manusia
Jelas hati berperanan penting bukan?
Kita selalu sakit hati, sakit sama ada dari segi jasad atau ruhnya.
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.
Semoga HATI-HATI kita berada di tempat sepatutnya! Sentiasa lah jaga hati anda.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment