Sunday, 12 July 2009

we are partly done!

Bismillah and alhamdulillah..

Finally im back! Nampaknya rutin yang lama akan bermula kembali setelah 3 minggu di rantauan. Pengalaman di Manjung banyak mengajar erti susah payah mereka yang bekerja dalam " health" di "district". Walaupun diri sendiri dari "district", namun belajar cara mereka bekerja tidak sama dengan menjadi penduduk "district'. Manjung sangat unik, orangnya ramah tamah dan berhemah, terutamanya dalam memandu. Manjung boleh dikatakan setaraf dengan bandar baru yang lain. Infrastruktur yang tersusun dan agak terancang. Dan juga agak panas memandangkan pokok-pokok belum masih lagi muda, baru hendak bertunas mungkin. Belum pernah terlintas dalam fikiran sebelum ini bahawa suatu masa nanti tempat2 seperti loji air, pelupusan sampah, kilang tepung dsb menjadi saksi persinggahan sementara.

Lawatan paling bermakna adalah "dumping site". Walaupun kami menjengah ke Pulau Pangkor selama 24 jam, tetapi bermakna lagi sewaktu di "dumping site" untuk 2 jam...

"Dumping site" , siapa peduli???Kita pengguna, pembuang sampah dan merasa terhormat. Tetapi dia, pekerja di tapak pelupusan, pernahkah terfikir perasaan mereka? Manusia perlu lebih berfikir sebelum bertindak , kesian bumi hijau terpaksa menerima penangan akibat "hasil" manusia. Sampah memang menjijikkan, kesian bumi sekali lagi. Terfikir pula mereka yang digelar sampah masyarakat , kesian juga mereka, mereka dibuang atau mereka yang membuang diri sendiri??




suasana di pelupusan sampah. Tiada yang cantik, tetapi tanah yang besar ini sesuai untuk pembangunan lagi.



(Liteoflife: tengah berfikir untuk membuang diri di Health atau Hospital)
~adios~

No comments:

Post a Comment